Seorang budak Palestin dikawal 20 askar Israel lengkap bersenjata

GAZA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Budak Palestin berusia 16 tahun, yang gambarnya menjadi tular bagi menunjukkan simbol kekejaman tentera rejim Zionis, didakwa di mahkamah atas tuduhan membaling batu ke arah sekumpulan askar Israel.

Imej Fawzi al-Junaidi, yang ditutup matanya dan dikelilingi oleh lebih 20 askar rejim Zionis serta dikecam seluruh dunia, menjadi tular dalam media sosial awal minggu ini.

Gambar itu menunjukkan Fawzi yang dalam kebingungan, memakai baju kelabu dan seluar jeans dikelilingi askar rejim Israel bersenjata dan memakai alat perlindungan.

Fawzi menafikan membaling batu ke arah askar rejim, ditangkap Khamis lalu, ketika tunjuk perasaan berlaku di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza, membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam tempoh enam hari, leboh 50 warga Palestin ditangkap oleh rejim Israel kerana mengadakan tunjuk perasaan. Dalam temmpoh itu, sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk dua pemuda anggota sayap bersenjata Brigade al-Quds, semalam, manakala lebih 700 lagi cedera.

Fawzi juga menafikan pembabitannya dalam tunjuk perasaan itu.

Peguamnya, Farah Baydsi berkata, Fawzi dalam ketakutan dan melarikan diri apabila rejim Israel melepaskan gas pemedih mata.

“Fawzi memberitahu dia dipukul menggunakan raifal dan menunjukkan kesan kecederaan di leher, dada dan bahagian belakang badan,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu akan dihadapkan di mahkamah tentera, hari ini.

Farah yang bertugas di bawah pertubuhan membela kanak-kanak antarabangsa bagi Palestin (DCIP) berkata, polis rejim Israel telah meminta tempoh tahanan lanjutan terhadap Fawzi.

Katanya, pihak pendakwa meminta tempoh tahanan dilanjutkan tujuh hari bagi menyiapkan kertas pertuduhan, tetapi beliau menolaknya.

Bapa saudara Fawzi, Rashad berkata, budak lelaki itu keluar rumah untuk membeli barangan runcit dan tatkala mencari kedai, dia terperangkap dalam serang hendap askar Israel.

“Mereka memukul, menutup mata dan menangkapnya. Mula-mula dia dihantar ke pusat tahanan di sebuah penempatan haram. Tetapi, pada jam 2 pagi mereka memindahkannya ke pusat tahanan lain. Sehari kemudian dia dihantar ke sebuah penjara,” katanya.

Pengarah Program DCIP, Ayed Abu Qtaish berkata, setakat ini kira-kira 320 kanak-kanak ditahan oleh rejim Israel di beberapa pusat tahanan dan penjara.

“Ketika dalam tahanan, kanak-kanak ini berdepan pelbagai penganiayaan, termasuk didera,” katanya. – Agensi

The post Seorang budak Palestin dikawal 20 askar Israel lengkap bersenjata appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian