SKMM siasat portal TMI dakwaan hina Najib, kerajaan

BANGI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat dakwaan terhadap portal berita atas talian, The Malaysian Insight (TMI), berhubung laporan berita yang menghina perdana menteri dan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung perkara berkenaan.

“SKMM akan menyiasat laporan itu bagi melihat sama ada wujud sebarang pelanggaran akta, sebarang tindakan selanjutnya kita akan maklum kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang diterima SKMM, selepas pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam mendakwa portal TMI kerap kali menghina pemimpin negara dan kerajaan.

Wakil Pulau Pinang, Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata, TMI didakwanya giat menyerang kepimpinan UMNO terutama presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapannya, beliau turut menggesa pihak berwajib menyiasat isteri kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Puan Sri Faridah Begum K A Abdul Kader, yang didakwa sebagai pemilik TMI.

Faridah Begum ialah kakak kepada Ketua Pengarang TMI, Jahabar Saddiq.

Mengulas dakwaan itu, Jahabar Saddiq berkata, pihaknya bersedia untuk disiasat SKMM dan menyerahkan siasatan kepada suruhanjaya itu.

“Saya tidak ada apa-apa komen lanjut berhubung isu ini kerana perwakilan UMNO yang mendakwa TMI membuat berita yang menghina pemimpin negara tidak menyatakan secara spesifik apakah kesalahan yang kami lakukan.

“Kecuali dia maklumkan secara spesifik apakah berita yang dilaporkan itu, bolehlah kami memberi komen,” katanya.

The post SKMM siasat portal TMI dakwaan hina Najib, kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian