ismakualaterengganu

SKMM soal siasat pengarang, empat kakitangan portal The Malaysian Insight

BANGI, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil lima kakitangan The Malaysian Insight ...

BANGI, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil lima kakitangan The Malaysian Insight (TMI), termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarangnya Jahabar Sadiq , berhubung artikel lidah pengarang bertajuk ‘Sham of an RCI’.

Memetik laporan portal berita itu, siasatan dibuat berikutan laporan oleh kumpulan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), yang mendakwa TMI meremehkan RCI itu.

“Artikel itu mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an di mana pengkritik menyifatkan ia sebagai serangan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pakatan pembangkang.

“Pegawai dari SKMM berkata agensi itu bertindak susulan laporan dibuat kumpulan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), yang mendakwa TMI meremehkan RCI itu. Selain Jahabar, individu lain yang dipanggil termasuk eksekutif TMI,” lapor TMI.

SKMM juga sedang menyiasat sama ada portal berita yang beroperasi sejak sembilan lalu, melanggar mana-mana undang-undang dalam laporannya itu termasuk dakwaan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, SKMM dalam satu kenyataan mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap portal berita itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“SKMM menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan ruang untuk siasatan yang adil dan saksama dijalankan.

“SKMM dalam pada itu akan memanggil editor, pengarah dan individu lain yang terlibat untuk sesi rakaman percakapan bagi membantu siasatan,” kata SKMM.

The post SKMM soal siasat pengarang, empat kakitangan portal The Malaysian Insight appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7071118563919377131

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item