ismakualaterengganu

Syabas nafi caj RM3 untuk bil

BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan pihaknya mengenakan caj RM3 bagi penghantara...

BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan pihaknya mengenakan caj RM3 bagi penghantaran bil melalui pos.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporatnya, Siti Zubaidah Zakaria berkata, tiada ada sebarang caj dikenakan jika pengguna hendak mendapatkan bil air melalui Pos Malaysia.

Ia susulan viral satu mesej di laman sosial mendakwa kononnya Syabas akan mengenakan caj RM3 bagi bil melalui pos.

Justeru katanya, Syabas meminta orang ramai terutama penggunanya tidak mempercayai mesej berkenaan.

“Ini tidak benar dan Syabas tidak pernah mengenakan apa-apa caj. Kita harap pengguna Syabas tidak mempercayainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Syabas memberi pilihan kepada penggunanya sama ada pembayaran air melalui Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau ditukar kepada bil yang mana pelaksanaan bagi pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari 2018.

The post Syabas nafi caj RM3 untuk bil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3750083119768847987

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item