ismakualaterengganu

Syria: 23 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS

BEIRUT, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 23 orang awam Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara...

BEIRUT, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 23 orang awam Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di wilayah timur Dayr al-Zawr.

Menurut kumpulan pemerhati yang berpangkalan di United Kingdom (UK) berkata, berdasarkan jumlah berkenaan, lapan kanak-kanak dan enam wanita disahkan mangsa korban dalam kejadian awal pagi semalam.

“Sekurang-kurangnya 23 orang awam, antara mereka lapan kanak-kanak dan enam wanita terbunuh dalam kejadian awal pagi serangan udara antarabangsa diketuai AS, menyasarkan sebuah perkampungan dikuasai Daesh di Sungai Euphrates,” kata kumpulan itu.

Menurut kumpulan itu, semua mangsa yang terbunuh adalah ahli keluarga sama yang berlindung daripadan serangan tersebut.

Gabungan antarabangsa yang diketuai AS telah melakukan serangan udara kononnya menyasarkan militan Daesh di Syria sejak September 2014, tanpa sebarang kebenaran daripada pemerintah Damsyik atau mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gabungan berkenaan berulang kali dituduh menyerang dan membunuh orang awam, bahkan gagal mencapai matlamat untuk memusnahkan militan Daesh.- Agensi

The post Syria: 23 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8562847643273719074

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item