Tabung Haji akan kaji cadangan kendali pengurusan umrah

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti secara mendalam cadangan yang diutarakan kepada pihaknya dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan umrah bagi jemaah Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH mengambil positif saranan yang dibuat oleh semua pihak untuk menangani kes penipuan pakej umrah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kajian yang lebih mendalam perlu dibuat dari pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji dan ia berjalan hampir sepanjang tahun.

“Hasil daripada kajian ini perlu diperhalusi dengan teliti sebelum sebarang keputusan atau perubahan akta dicadangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johan berkata, TH juga perlu melihat dari sudut manfaat serta kesan yang bakal memberi impak kepada pendeposit TH yang pengurusan umrah melibatkan struktur kos yang berbeza.

Menurutnya, TH juga perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkuasa dan berwajib supaya cadangan tersebut dapat dibentangkan secara menyeluruh demi kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Sementara itu, TH menyarankan orang ramai yang ingin menunaikan umrah agar menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Oktober lalu. -Bernama

 

The post Tabung Haji akan kaji cadangan kendali pengurusan umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian