Tarif elektrik kekal sehingga 2020

BANGI, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kadar tarif elektrik bagi semenanjung Malaysia kekal untuk tempoh tiga tahun lagi, bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Tenaga, Teknplogi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, pengguna tidak akan mengalami sebarang perubahan dalam bil elektrik bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2018, sekiranya pengguna mengekalkan penggunaan elektrik sedia ada.

Katanya meskipun pengguna tidak mengalami sebarang perubahan dalam jadual tarif, pengguna akan terus menerima bekalan elektrik yang berdaya harap.

 “Ia menerusi pembangunan lebih banyak infrastruktur pembekalan elektrik berasaskan teknologi terkini serta program-program sokongan oleh Tenaga Nasional Berhad,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maximus berkata, secara keseluruhannya kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di semenanjung bagi tempoh Mac 2015 sehingga Jun 2018.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan pada 1 Januari 2014. 

The post Tarif elektrik kekal sehingga 2020 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian