Tentera Myanmar masih bakar rumah Rohingya

YANGON, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tentara Myanmar masih lagi membakar puluhan rumah milik etnik Rohingya, meskipun baru sahaja menandatangani perjanjian pengembalian pelarian dengan Bangladesh, lapor Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW).

Kumpulan itu berkata, tindakan kejam Myanmar menunjukkan perjanjian yang ditandatangani hanyalah ‘wayang’ semata-mata.

Timbalan Pengarah Bahagian Asia HRW, Phil Robertson memetik analisis imej satelit berkata, bangunan di 40 kampung telah dimusnahkan pada bulan Oktober dan November, dan kini jumlahnya telah meningkat kepada 354 kampung.

Tetapi HRW berkata, sukar untuk mempercayai perkara ini dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab.

“Myanmar sedang memainkan permainan yang paling sinis, dengan Aung San Suu Kyi dan pasukannya menandatangani perjanjian pemulangan pelarian yang tidak mempunyai jaminan perlindungan yang nyata.

“Lebih malang, pada dasarnya pasukan keselamatan meneruskan kempen membakar kampung-kampung yang pelarian Rohingya ini,” katanya.

Kumpulan itu juga berkata, mereka akan memboikot mana-mana kem baru yang ditubuhkan di utara Rakhine.

Terdahulu, kerajaan Aung San Suu Kyi menandatangani perjanjian dengan Bangladesh pada akhir bulan November untuk memulakan proses pemulangan pelarian Rohingya dalam masa dua bulan. – Agensi

The post Tentera Myanmar masih bakar rumah Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian