ismakualaterengganu

Tertekan? Masuk dapur, basuh pinggan, ‘stress’ hilang, kata Ketua Wanita Isma

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Seluas mana Islam merangkumi segenap aspek kehidupan, seluas itulah jug...

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Seluas mana Islam merangkumi segenap aspek kehidupan, seluas itulah juga ruang lingkup kehidupan yang boleh disertai oleh wanita.

Bahkan, sebutlah apa sahaja bidang yang dahulunya didominasi lelaki, pada hari ini ia telah pun mula diceburi oleh wanita moden.

“Itulah hak dan kebebasan wanita yang dijamin oleh Islam dengan syarat tidak bercanggah dengan hukum syariat. Islam tak pernah halang wanita berperanan dalam pelbagai bidang,” kata Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha Mohd Salleh ketika menyampaikan ucapan sebelum merasmikan International Muslimah Empowerment Conference (IMEC) di sini hari ini.

Katanya, meskipun wanita tampil hebat dalam pelbagai bidang, namun terdapat fitrah yang perlu dipelihara selaku wanita.

“Fitrah wanita, Allah jadikan kita dengan biologi dan fungsi yang berbeza. Wanita hamil, melahirkan anak, urus rumah tangga dan mendidik anak-anak.

“Wanita hebat macam mana pun di luar, dalam kerjaya dan masyarakat, balik rumah mesti juga masak nasi dan basuh pinggan.

“Ini adalah fitrah asal wanita. Apabila kita langgar fitrah ini, kita akan tertekan dan mengalami tekanan.

“Wanita kalau stress, masuk dapur, basuh pinggan, insya-Allah hilang stress. Ini bukan kongkongan, ini adalah fitrah kejadian wanita, kembalilah kepada fitrah,” katanya.

Selain itu katanya, wanita juga perlu belajar mengamalkan keseimbangan antara kerjaya, masyarakat dan keluarga.

“Wanita sibuk dengan pelbagai perkara dan ia memerlukan keseimbangan antara semua tuntutan,” katanya sambil memohon golongan suami memberikan sokongan kepada isteri masing-masing bagi menjayakan apa yang dicapai dalam kehidupan.

IMEC 2017 jawab salah faham kedudukan wanita dalam Islam, tamadun dunia

The post Tertekan? Masuk dapur, basuh pinggan, ‘stress’ hilang, kata Ketua Wanita Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2728023241609873462

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item