Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi di Iran

PUTRAJAYA, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden gempa bumi yang melanda Tehran, Iran semalam, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau dengan teliti situasi perkembangan insiden itu.

Rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi Kedutaan Malaysia, No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St. Eyvanak Blvd, Phase 4 Shahrak Qods Tehran, Iran. mereka juga boleh menghubungi melalui telefon (+9821) 8807 2444; (+9821) 8807 8606 atau e-mel di mwtehran@kln.gov.my.

Gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan bandar Malard di wilayah Tehran, 50 kilometer ke barat Tehran pada 11.27 Malam (waktu tempatan) semalam. Tiada laporan mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.
– Bernama

The post Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi di Iran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian