Tiga jenis fahaman ateisme bahaya jika merasuk umat Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Fahaman ateisme mudah mempengaruhi umat Islam sekiranya ajaran Islam sebenar tidak menjadi pendinding kekuatan akidah seseorang itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hassan Tan Abdullah berkata, dunia kini terlalu dekat dengan akhir zaman kerana kewujudan fahaman ateisme diterima oleh segolongan Islam di negara ini. 

“Situasi ini menunjukkan bahawa betapa ramai golongan Islam di negara ini telah menjadikan fahaman ateisme sebagai darah daging mereka,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Sinar Online, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi ini wujud kerana terlalu ramai orang Islam namun, kurangnya Muslimin dan Muslimat iaitu orang yang sebenar-benar beriman kepada Allah.

“Adalah benar orang Islam hari ini bagaikan buih-buih di lautan. Ini disebabkan ramai daripada orang Islam ingin menjadi sebutan para manusia di dunia daripada menjadi sebutan para malaikat di syurga. Mereka memuja kehebatan seseorang individu bernama manusia.

“Mereka memuja pangkat, darjat, kemewahan dunia dan material. Akibatnya ramai daripada kita memandang ringan akan persoalan Rukun Islam iaitu solat dan ibadah puasa. Malahan ada yang mempersoalkan kewajaran solat dan puasa,” katanya.

Dengan kerapuhan ibadat ini, masakan sukar fahaman sesat seperti ateisme untuk merasuki ke dalam umat Islam.

“Baru-baru ini, terdapat sekumpulan individu di negara ini mempersoalkan kewujudan Tuhan. Kegemparan ini hanya dirasai di pantai barat dan kawasan bandar metropolitan. Di sebelah pantai timur iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, kurang dirasai dan diberikan perhatian serius.

“Ini disebabkan pantai timur merupakan kawasan majoriti Melayu Islam. Tetapi adakah fahaman ateisme ini tidak berkembang di pantai timur?,” soalnya.

Menjelaskan mengenai fahaman ateisme, beliau berkata, ateisme boleh dibahagikan kepada tujuh bentuk atau lebih mudah tiga jenis.

“Jenis pertama adalah perjalanan hidup ateis. Bentuk ini terdapat dua iaitu panteisme dan agnostik. Seorang panteisme percaya akan teori Darwinisma iaitu manusia berasal secara evolusi daripada beruk.

“Manusia pernah hidup berbogel dan bertamadun melalui Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Logam dan Zaman Moden. Manusia tidak berasal daripada Nabi Adam dan Hawa, malahan mereka juga tidak mempercayai wujudnya kenabian. Maka dengan demikian mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

“Jenis kedua adalah Dogmatik ateisme. Dalam dogmatik ateisme ini terdiri daripada tiga bentuk iaitu antitesis, humanis dan ateis tulen. Antitesis bermaksud golongan yang menentang arus yang dianuti manusia iaitu agama khususnya agama samawi. Fahaman yang boleh dikenali seperti komunisme, sosialisme, liberalisme, sekularisme dan sebagainya.

“Bagi mereka agama adalah penghalang kemajuan moden manusia. Agama juga adalah seperti candu kepada manusia. 

“Jenis ketiga adalah apophatik ateisme. Bentuk jenis apophatik adalah terdiri daripada skeptis ateis dan golongan Free Thinkers.

“Golongan ini terdiri daripada ilmuwan dan golongan cerdik pandai. Salah satu tanda untuk mengenali golongan ini selalunya membandingkan nilai-nilai amalan Barat atau Timur Jauh lebih baik daripada nilai-nilai amalan Islam di negara ini.

“Bagi mereka, persoalan Tuhan mahupun solat tidak boleh dibuktikan secara sains akan kebaikannya. Maka tidak menghairankan golongan ini tidak solat mahupun berpuasa atau memakai tudung seperti yang dituntut oleh ajaran Islam,” katanya.

The post Tiga jenis fahaman ateisme bahaya jika merasuk umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian