ismakualaterengganu

Tun M harap Forest City jadi hutan dipenuhi haiwan

SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berharap projek Forest...

SHAH ALAM, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berharap projek Forest City akan menjadi sama seperti makna namanya iaitu sebuah hutan yang dipenuhi haiwan semata-mata.

Dalam ucapan dasarnya di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) Shah Alam hari ini, beliau mengingatkan kembali mengenai penjualan tanah bagi projek usahasama China-Malaysia di Johor itu, kepada orang asing yang mana hasilnya digunakan untuk membayar hutang negara.

“Kita sepatutnya sedar bahawa kalau kita jual tanah kepada orang, kita sudah tidak miliki lagi tanah itu. Pada suatu ketika dahulu, dijualnya pulau Temasik yang sekarang dikenali sebagai Singapura. Kita jual tanah kepada British…dapat 60 ribu ringgit…sekarang bukan negara kita dah.”

“Habislah tanah kita akan dijual, tidak kiralah Forest City. Saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya,” katanya.

Projek bandar pintar bernilai AS$100 bilion itu dibina atas empat pulau buatan dan dengan keluasan 1,385.6 hektar, bandar futuristik berhampiran Johor Bahru itu dijangka siap dalam tempoh 20 tahun.

Ia turut dijangka boleh menempatkan kira-kira 700,000 orang.

PPBM hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya selepas diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Mesyuarat yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal di sini dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian seperti yang diumumkan setiausaha agung parti itu Datuk Shahruddin Md Salleh.

The post Tun M harap Forest City jadi hutan dipenuhi haiwan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6374705268189883798

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item