Umat Islam perlu bangkit atas isu Baitul Maqdis vs AS!

 

 

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Tuan Haji Aminuddin Yahaya mengecam tindakan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau telah menggariskan lima perkara yang harus disepakati umat Islam dalam hal ini.

1. Deklarasi ini merupakan  deklarasi yang membelakangkan segala perundangan antarabangsa, baik dari segi kemanusiaan, hak asasi dan undang-undang

2. Keputusan  ini bakal menghancurkan segala perbincangan dan dialog yang telah dilakukan untuk memastikan keamanan penduduk Palestin. Malah, ianya akan menambah lagi ketegangan yang sedia ada dalam isu ini.

3. Saya menyeru umat Islam untuk bersepakat BANGKIT  dalam isu ini  dan tidak membenarkan ianya berlaku

4. Saya juga menggesa agar OIC segera berbincang dan mengambil tindakan tegas dalam hal ini.

5. Saya juga meminta campur tangan PBB untuk menghalang AS dan Israel untuk  menukar ibunegara Israel ke Baitul Maqdis

 

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan pertubuhan Islam dan Melayu sederhana yang sentiasa memperjuangkan hak umat Islam di seluruh dunia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian