Umat Islam perlu berjihad pertahan Al-Aqsa: Dr Muraweh Mousa

BANGI 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Umat Islam perlu memainkan peranan mempertahan Al-Aqsa daripada cengkaman Yahudi, kata Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia, Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar.

Beliau berkata, jihad untuk Palestin bukan hanya melibatkan rakyat sesebuah negara, tetapi ia adakah tanggungjawab umat Islam secara keseluruhannya.

Katanya, jihad bukan hanya mengangkat senjata, tetapi pelbagai cara boleh dilakukan sebagai tanda jihad.

“Antaranya, menyebarkan maklumat Palestin kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.


“Fahamkan mereka mengenai kelebihan al-Aqsa, ia adalah isu umat Islam secara keseluruhannya,” katanya dalam program Ceramah Perdana; Palestin Antara Perjuangan dan Pengorbanan dengan kerjasama Aman Palestin, semalam.

Ceramah berkenaan adalah anjuran Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang bernaung di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU).

Darul Insyirah kini dalam proses mengumpul dana dari seluruh rakyat Malaysia untuk pembinaan Kompleks Warga Emas Darul Insyirah di atas tanah yang diwakafkan di Sg Ramal Dalam.

Untuk membantu dan menyokong usaha Darul Insyirah dalam memartabatkan pendidikan warga emas di Malaysia, hubungi 03-8920 9661 atau salurkan terus sumbangan anda ke akaun Darul Insyirah (Maybank Islamik 5628 3463 1731).

The post Umat Islam perlu berjihad pertahan Al-Aqsa: Dr Muraweh Mousa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian