Wanita Melayu tidak lemah disebabkan tradisi


Oleh : Afiqah Zawani Bte Mohamed Noor

BANGI, 19 Dis – “Wanita melayu tidak lemah, tiada dalam rekod sejarah mengatakan Wanita Melayu lemah disebabkan tradisi Melayu mahupun ajaran Islam,” ulas Norhidayah Ismail terhadap dakwaan pihak feminis yang mengatakan ajaran Islam dan tradisi Melayu yang melemahkan identiti dan peranan wanita.

Menurutnya kajian menunjukkan sebelum zaman penjajahan, wanita di kepulauan Melayu mempunyai status sosial yang tinggi daripada wanita lain di dunia kerana terlibat aktif dalam bidang pertanian, perniagaan dan pada masa yang sama menjalankan tanggugjawab rumah tangga.

Sejarah perkembangan wanita melayu banyak direkodkan semasa zaman kesultanan Melayu Melaka lagi dan beberapa wanita Melayu seperti cik siti wan kembang, TunTeja, Tun Kudu dan Tun Fatimah antara yang direkodkan.

“Mengikut struktur Sosial Melayu Tradisional, wanita memainkan peranan sama penting seperti lelaki dan wanita mengisi setiap hierarki masyarakat( dari hamba kepada pemimpin).

“Apabila Islam berkembang di tanah melayu, tradisi dan struktur ini kekal diamalkan oleh masyarakat Melayu.
“Kedatangan Inggeris dan belanda telah mengubah struktur ekonomi dan mengubah peranan yang dimainkan oleh wanita,” katanya semasa sesi ucapan penutup IMEC 2.0 yang dianjurkan oleh Wanita Isma baru-baru ini

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian