ismakualaterengganu

Waspada dengan pemberi pinjaman wang haram: BNM

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Bank Negara Malaysia (BNM) meminta orang ramai supaya berwaspada terhadap individu atau syarikat ...

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Bank Negara Malaysia (BNM) meminta orang ramai supaya berwaspada terhadap individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti pemberian pinjaman wang haram menggunakan lesen palsu yang kononya dikeluarkan oleh bank pusat itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata pihak yang terlibat menyasarkan untuk memperdaya orang ramai supaya mempercayai mereka sebagai pemberi pinjaman wang berlesen dan mengaburi orang ramai supaya membuat pembayaran awal untuk pelbagai tujuan berkaitan pinjaman, seperti perbelanjaan pentadbiran, duti setem dan yuran guaman.

“BNM tidak mengeluarkan lesen pemberian pinjaman wang. Perniagaan pemberian pinjaman wang dikawal selia mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan ditadbir oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kegiatan penipuan ini dijalankan menerusi laman web, media sosial, panggilan telefon, SMS, e-mel atau dalam bentuk komunikasi lain,” kata BNM.

Bank pusat menggesa mangsa penipuan kewangan seperti ini membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan, dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap mana-mana pihak yang mendakwa mereka diberikan lesen oleh BNM.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya merujuk senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan mengikut undang-undang yang ditadbir oleh bank negara, dengan melayari http://www.bnm.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi perniagaan atau pelaburan. -Bernama

The post Waspada dengan pemberi pinjaman wang haram: BNM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 201054164688025882

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item