Yahudi buka kuil baharu di bawah Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pihak berkuasa tempatan rejim Israel secara rasmi membuka kuil baharu Yahudi yang dibina di bawah Masjid Al-Aqsa, semalam.

Kuil itu mengambil masa 12 tahun untuk dibina di bawah Dinding Al-Buraq atau dikenali sebagai Dinding Barat bagi kaum Yahudi, kata Yayasan Warisan Israel.

Sejak beberapa tahun lalu, institusi Islam di Baitulmaqdis Timur membuat aduan dan bantahan terhadap penggalian yang dilakukan oleh pihak berkuasa rejim Zionis di bawah pekarangan Masjidil Aqsa.

Ketua Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis, yang juga bekas Imam Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri menegaskan bahawa Dinding Al-Buraq adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.

“Dinding itu adalah sebahagian daripada warisan Islam dan akan kekal sehingga Hari Kiamat. Pihak berkuasa Israel tidak boleh menuntut warisan Baitulmaqdis.

“Kuil baharu itu tidak mempunyai unsur sejarah. Semua pembinaan baharu oleh Israel di Baitulmaqdis adalah tidak sah dan lemah dari sudut sejarah dan bandar suci itu tidak boleh dibahagikan,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengeluarkan resolusi yang menafikan hubungan Israel dengan Masjid Al-Aqsa dan Dinding Al-Buraq di Baitulmaqdis.

Sejak lebih dua minggu lalu, ketegangan di Palestin memuncak apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – Agensi

The post Yahudi buka kuil baharu di bawah Masjid Al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian