ismakualaterengganu

Yayasan Ikhlas, I-Medik bantu lebih 125 keluarga di Terengganu

  KUALA TERENGGANU, 12 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin dengan kerjasama Ikatan Pengamal P...

 

KUALA TERENGGANU, 12 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) telah membantu lebih 125 keluarga mangsa banjir di Pantai Timur.

Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi Sazali berkata, seawal pagi ini pasukan sukarelawan telah memulakan operasi di tiga kawasan dalam Terengganu.

“Sukarelawan kami telah pergi ke Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Rumah mereka ibarat jadi pulau. Walaupun air tak masuk dalam, tapi ruang luar penuh air setinggi betis.

“Bantuan diberi terus ke rumah-rumah mangsa banjir. Misi bantuan seterusnya esok di dua tempat iaitu di Rantau Panjang dan Besut,” kata Syafiq.

Misi bantuan banjir Pantai Timur ini turut melibatkan pasukan Bomba yang boleh membantu membawa bantuan ke tempat banjir.

Pada masa sama, Syafiq turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai samada dari segi wang tunai ataupun barangan.

Sumbangan berupa barangan seperti kit makanan, kit kesihatan boleh dihantar ke pejabat Yayasan Ikhlas yang beralamat di No 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Manakala sumbangan wang tunai pula boleh disalurkan melalui Akaun Yayasan Ikhlas di CIMB Islamic : 8600 601 366, Maybank Islamic : 5628 3463 6228, Bank Rakyat : 1108 0100 1514

Jika terdapat sebarang makluman atau persoalan, boleh hubungi Yayasan Ikhlas di talian 019-3421384 (Ustaz Luqman) atau 03 8926 5954.

The post Yayasan Ikhlas, I-Medik bantu lebih 125 keluarga di Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3039069315693925845

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item