Zahid kata SJKC kekal beroperasi, tak akan ditutup

BAGAN DATUK, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Kerajaan tidak akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, meskipun ada yang berada dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) kerajaan tetap akan memastikan semua SJKC terus beroperasi.

Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan pembinaan 10 lagi sekolah jenis berkenaan tahun ini.

“Malah, terdapat 464 SJKC berada dalam kategori SKM iaitu mempunyai 150 murid atau kurang, itupun kerajaan tidak tutup tetapi terus beri peruntukan dan mengiktiraf Lembaga Pengelola sekolah berkenaan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong San, Bagan Sungai Burung di sini, hari ini.

The post Zahid kata SJKC kekal beroperasi, tak akan ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian