ismakualaterengganu

100,000 penduduk Idlib hilang tempat tinggal

IDLIB, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pertempuran sengit antara rejim Bashar Al-Assad dan pejuang pembebasan di Hama di Idlib, menyebabkan h...

IDLIB, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pertempuran sengit antara rejim Bashar Al-Assad dan pejuang pembebasan di Hama di Idlib, menyebabkan hampir 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, pertempuran itu menyaksikan 99,569 orang awam melarikan diri dari selatan Idlib, serta kawasan utara dan timur laut wilayah Hama antara 1 Disember hingga 9 Januari.

Agensi itu berkata, situasi di Idlib sangat huru-hara, penduduk terpaksa mencari kawasan selamat untuk perlindungan sementara.

“Ramai keluarga menjadikan tempat ruang letak kereta di Idlib sebagai tempat tidur. Mereka terdedah kepada risiko pelbagai bahaya terutama ketika cuaca sejuk melampau.

“Lebih malang, pengeboman di kebanyakan komuniti di selatan dan pedalaman tenggara Idlib terus berlarutan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dan cerdera. Dalam masa sama, infrastruktur penting turut musnah,” katanya.

Tentera rejim Syria yang disokong Russia melancarkan serangan pada hujung 2017 di pinggir wilayah Idlib, kubu militan terakhir yang masih di luar kawalan kerajaan.

Wilayah Idlib hampir seluruhnya dikuasai kumpulan militan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang kebanyakannya terdiri daripada anggota bekas sekutu Al-Qaeda. -Agensi

The post 100,000 penduduk Idlib hilang tempat tinggal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1047571950017629653

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item