11 maut, 46 cedera bas rombongan rempuh pokok

ISTANBUL, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Sebelas penumpang terbunuh, manakala 46 lagi cedera apabila sebuah bas sewa khas membawa rombongan keluarga untuk bermain ski di barat Turki, terbabas dan merempuh pokok, semalam.

Bas yang bergerak semalaman dari Ankara ke bandar Busra, terbabit dalam nahas itu di wilayah Eskisehir ketika cuaca elok, kata Gabenor Ozdemir Cakacak.

“Jalan ketika kejadian kosong dan tidak basah atau diliputi ais,” katanya.

Agensi berita Dogan melaporkan kebanyakan penumpang bas adalah daripada satu keluarga bersama beberapa kanak-kanak yang dalam perjalanan bercuti ke sebuah resort bermain ski di Uludag.

Agensi berita itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak turut terbunuh dalam nahas itu.

Pemandu dan pembantunya yang cedera ringan ditangkap untuk siasatan lanjut. – Agensi

The post 11 maut, 46 cedera bas rombongan rempuh pokok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian