12 maut pesawat terhempas di Costa Rica
COSTA RICA, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sebuah pesawat yang membawa pelancong terhempas menyebabkan 12 maut di Costa Rica, semalam.
Pengarah agensi penerbangan awam Costa Rica, Enio Cubillo berkata, mangsa yang terbunuh adalah 10 orang pelancong warga Amerika Syarikat dan dua juruterbang tempatan dari syarikat penerbangan Nature Air.
Sementara itu, syarikat penerbangan berkenaan tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Menurut Menteri Keselamatan Gustavo Mata, kesemua mangsa dalam keadaan mengerikan kerana terbakar teruk dan bedah siasat akan dilakukan untuk pengesahan identiti.
“Punca terjadinya kemalangan itu belum diketahui dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku di kawasan pergunungan Punta Islita yang merupakan kawasan pelancongan di wilayah Guanacaste, sekitar 230km barat, ibu kota San Jose. -Agensi
The post 12 maut pesawat terhempas di Costa Rica appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan