14 warga asing antara 28 terbunuh serangan hotel di Kabul

KABUL, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri Afghanistan mengesahkan 14 warga asing adalah antara 22 induvidu, termasuk empat penyerang, terbunuh dalam drama serangan ke atas Hotel Intercontinental di sini, awal pagi semalam.

Jurucakap kementerian itu, Najib Danish berkata, empat orang awam dan 14 warga asing adalah antara mereka yang terbunuh selepas empat lelaki bersenjata menyerbu dan menawan hotel yang terletak di tanah tinggi berhampiran Kabul.

“Empat penyerang bersenjata raifal juga dibunuh selepas bertempur hampir 16 jam dengan pasukan khas tentera Afghanistan,” katanya sambil menjelaskan kira-kira 22 orang awal lagi cedera.

Berpakaian tentera, penyerang menyerbu hotel terbabit kira-kira jam 9 malam kelmarin waktu Kabul (12.30 pagi waktu Malaysia), selepas meletupkan pagar hotel menggunakan pelancar bom tangan.

Hotel berkenaan terletak di kawasan tanah tinggi yang menghadap ke Kabul, biasanya dikawal ketat kerana popular dengan pegawai kerajaan dan warga asing.

Ini adalah kali kedua hotel itu diserang. Pada Jun 2011 lalu, serangan semalaman puak Taliban di hotel itu menyebabkan 21 terbunuh, termasuk 10 orang awam.

Kumpulan militan Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap hotel itu. – Agensi

The post 14 warga asing antara 28 terbunuh serangan hotel di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian