Langkau ke kandungan utama

15 anggota ‘Pemuda Panca Marga’ diberkas

KOTA KINABALU, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Polis Sabah menahan 15 individu disyaki anggota sebuah pertubuhan dikenali sebagai’Pemuda Panca Marga’ menerusi serbuan di sebuah rumah di Kampung Tas, Anderasi, Tawau, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi Bernama berkata, mereka yang ditahan pada kira-kira pukul 4 petang itu terdiri daripada tujuh wanita dan lapan lelaki berumur antara 13 dan 60 tahun.

“Ketika ditahan, 11 daripadanya memakai pakaian celoreng. Bagaimanapun pihak polis tidak menemukan sebarang senjata ketikas erbuan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati, kumpulan Pemuda Panca Marga ini ditubuhkan pada 1966 dan berpangkalan di Selatan Sulawesi, Indonesia.

Siasatan juga mendapati kumpulan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pesara polis dan tentera serta pekerja Indonesia yang bekerja di Sabah dan individu yang ingin menganggotai kumpulan itu dikehendaki membayar sejumlah yuran tertentu.

“Kita juga mendapati ada anggota kumpulan ini mendakwa ditipu dengan dijanjikan kononnya dengan menyertai kumpulan itu, mereka akan mendapat imuniti daripada undang-undang Malaysia,” katanya.

Pihaknya juga masih menyiasat untuk mengenal pasti siapa ketua kumpulan berkenaan.

Katanya, selain disiasat mengikut Akta Pertubuhan, kumpulan ini juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

The post 15 anggota ‘Pemuda Panca Marga’ diberkas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian