ismakualaterengganu

17 orang awam maut serangan udara di Syria

BEIRUT, 20 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya 17 orang awam maut dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Syria dan sekutunya ...

BEIRUT, 20 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya 17 orang awam maut dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Syria dan sekutunya Russia, mensasarkan kubu pemberontak berhampiran Damsyik.

Menurut pemerhati hak asasi manusia, serangan yang dilancarkan semalam di wilayah Timur Ghouta melanda daerah Hammuriyeh, menyebabkan 12 orang awam mati termasuk dua kanak-kanak.

Serangan itu juga menyebabkan dua orang terbunuh di bandar Madira dan tiga di Erbin, sementara 35 yang lain cedera di tiga kawasan berasingan berkenaan.

Timur Ghouta adalah kawasan yang disasarkan setiap hari oleh serbuan udara rejim Bashar al Assad.

Awal minggu ini, gabungan pemberontak dan militan termasuk bekas sekutu al-Qaeda mengepung pangkalan rejim di Timur Ghouta, yang terletak di timur Damsyik dan telah berada di bawah pengepungan sejak tahun 2013.

Sekatan itu menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan perubatan kepada kira-kira 400,000 penduduk di kawasan sekitar.

Sehingga kini, lebih 340,000 orang telah terbunuh di Syria dan berjuta yang lain menderita sejak konflik bermula pada Mac 2011.- Agensi

The post 17 orang awam maut serangan udara di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 741307343567477674

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item