ismakualaterengganu

18 maut, lebih 200 cedera kereta api rempuh trak di Afrika Selatan

JOHANNESBURG, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 18 orang maut, manakala lebih 270 lagi cedera apabila sebuah kereta api pen...

JOHANNESBURG, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 18 orang maut, manakala lebih 270 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang terbakar selepas merempuh sebuah trak, di Afrika Selatan.

Nahas di bandar Kroonstad, daerah Free State itu berlaku selepas trak berkenaan gagal berhenti ketika cuba melalui satu lintasan kereta api, menyebabkan ia dirempuh kereta api penumpang berkenaan.

Akibat pertembungan itu, kereta api tersebut tergelincir dan terbakar.

Kereta api tersebut membawa 700 penumpang, dipercayai berlepas dari Port Elizabeth menuju ke hub komersil di Johannesburg.

Setakat ini, operasi menyelamat masih giat dilakukan, dijangka angka korban akan meningkat.

Pasukan penyelamat memaklumkan, sebahagian besar mangsa rentung teruk dan identiti masih sukar untuk dikenal pasti.

Difahamkan, ketika ini pihak berkuasa Afrika Selatan masih menyiasat punca sebenar kejadian. -Agensi

The post 18 maut, lebih 200 cedera kereta api rempuh trak di Afrika Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1253238141315698920

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item