27 penumpang, pemandu nyaris maut bas ekspres masuk gaung

BANGI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – 27 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekpres nyaris maut selepas terbabas ke gaung di Kilometer 26.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kulai, hari ini.

Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang bas ekspres terbabit dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, bas yang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru dari Terminal Bas Selatan (TBS) itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas.

“Bas itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam gaung. Pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan dan kesemua yang lain selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa diselamatkan oleh pengguna jalan raya sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

“Sepasukan enam pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang, operasi masih diteruskan,” katanya.

The post 27 penumpang, pemandu nyaris maut bas ekspres masuk gaung appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?