ismakualaterengganu

27 terbunuh serangan pengebom bunuh diri di Baghdad

BAGHDAD, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 64 yang lain cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri d...

BAGHDAD, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 64 yang lain cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri di tengah pusat bandar Baghdad semalam.

Menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri Iraq, serangan itu disifatkan paling dasyat setakat tahun ini, di ibu negara tersebut.

Pegawai itu berkata, dua lelaki meletupkan jaket yang dilengkapi bahan letupan di Aviation Square, daerah komersial di bandar itu.

Serangan di Aviation Square adalah antara yang paling dasyat sejak bom trak membunuh sekurang-kurangnya 324 orang di daerah komersial Karrada pada Julai 2016.

Pengeboman Karrada adalah serangan tunggal terdasyat di Iraq sejak pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003, untuk menggulingkan Saddam Hussein.

Bulan lalu, Iraq mengisytiharkan kemenangannya ke atas militan Daesh yang menguasai hampir satu pertiga negara itu pada 2014.

Bagaimanapun, Daesh terus melakukan serangan dan pengeboman di Baghdad serta beberapa lagi negara sasar lain.- Agensi

The post 27 terbunuh serangan pengebom bunuh diri di Baghdad appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5482684363107770202

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item