4 polis ditangkap tembak penunjuk perasaan ‘keadilan untuk Zainab’

KARACHI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Ratusan penunjuk perasaan berarak di tengah bandar Kasur di Pakistan dalam bantahan terhadap pembunuhan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang turut diperkosa, hari ini.

Empat anggota pasukan keselamatan yang melepas tembakan ke arah penunjuk perasaan menyebabkan dua daripadanya terbunuh, turut ditangkap.

Penunjuk perasaan menyekat jalan masuk ke bandar itu yang terletak kira-kira 50 kilometer di selatan Lahore, menggunakan traktor dan konkrit simen, sambil melaungkan slogan menentang kerajaan.

Mereka mendesak keadilan untuk Zainab, kanak-kanak yang diperkosa serta dibunuh dan mayatnya ditemui di tempat pembuangan sampah Rabu lalu, selepas hilang empat hari.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Zainab Ansari dibawa seorang lelaki tidak dikenali.

Semalam, polis memberitahu bahawa mereka masih menyiasat kes berkenaan dan telah menyoal siasat 227 orang.

Perkosaan dan pembunuhan Zainab adalah kes ke 12 yang berlaku di daerah Kasur sejak tahun lalu, lapor media tempatan.

Pada separuh pertama tahun lalu, sekurang-kurangnya 1,764 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di seluruh Pakistan, dengan 65 peratus berlaku di wilayah Punjab yang menempatkan bandar Kasur.

Bapa Zainab, Malik Amin Ansari berkata, sejak kejadian itu ramai ahli politik yang melawatnya selepas kes itu menjadi heboh, tetapi ianya tidak cukup untuk mencegah jenayah berkenaan daripada terus berlaku.

“Kanak-kanak kini bimbang untuk keluar dari rumah mereka. Bagaimana kami hendak bekerja dan melindungi anak kami ketika berjalan ke sekolah? Keadilan mesti dipercepatkan. Tindakan sedemikian tidak boleh dibiarkan tanpa penyelesaian.

“Menteri dan orang penting datang, tetapi tiada apa yang dilakukan ketika Zainab hilang,” katanya.

Sementara itu, dua penduduk terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, kelmarin. Empat anggota polis yang bertanggungjawab dalam kejadian tembakan itu ditangkap.

Pada 2015, lebih 200 kanak-kanak menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang terbabit dalam rangkaian pedofilia di perkampungan Hussain Khanwala, kira-kira 10 kilometer di selatan Kasur.

Kanak-kanak terbabit dieksploitasi secara seksual dan dirakam dalam video, manakala rakaman itu dijual serta digunakan untuk memeras ugut keluarga mangsa, lapor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan. – Agensi

The post 4 polis ditangkap tembak penunjuk perasaan ‘keadilan untuk Zainab’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian