5,000 syarikat dikenal pasti tipu, elak bayar GST

BANGI, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Sebanyak 5,000 syarikat dikenal pasti menipu membuat tuntutan dan mengelak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak ia dilaksanakan pada 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T Subromaniam berkata, kertas siasatan berhubung perkara itu telah dibuka terhadap pihak terlibat.

“Kita sebelum ini telah pun mengambil pendekatan mesra dengan turun padang bertemu untuk memberi penerangan kepada syarikat-syarikat berhubung cara mengisi borang mengisytihar GST.

“Jika ada kesilapan, pihak kastam memberi khidmat nasihat,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, jika syarikat terbabit masih berdegil dan menipu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut Subromaniam, pihak terbabit adalah antara 465,000 syarikat yang berdaftar di bawah sistem percukaian itu.

GST telah berkuatkuasa sejak 1 April 2015, dan masih kekal dengan kadar sebanyak 6 peratus sejak ia dilaksanakan.

The post 5,000 syarikat dikenal pasti tipu, elak bayar GST appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian