600 calon peroleh Mumtaz dalam STAM 2017

PUTRAJAYA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 meningkat sebanyak 0.4 peratus, iaitu sebanyak 600 calon berbanding 537 calon pada 2016.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, berkata kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turut meningkat 1.7 peratus kepada 22.6 peratus atau 1,538 calon pada tahun lalu berbanding 1,337 calon pada tahun sebelumnya.

Seramai 2,104 calon memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik), penurunan sebanyak 0.3 peratus dicatatkan pada 2017 berbanding 2,004 calon pada 2016.

“Jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM bagi tahun 2017 meningkat sebanyak 2.7 peratus iaitu sebanyak 69.7 peratus atau 4,733 calon pada 2017 berbanding 67.0 peratus atau 4,286 calon pada 2016,” demikian menurut kenyataan itu.

Jumlah calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM pada 2017 pula menurun sebanyak 2.7 peratus kepada 30.3 peratus atau seramai 2.060 calon berbanding 33.0 peratus atau 2,108 calon pada 2016.

Menurut kementerian itu, jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) bagi kesemua 10 mata pelajaran yang diduduki didapati menurun sebanyak 0.3 peratus kepada 1.0 peratus atau 67 calon pada 2017 berbanding 1.3 peratus atau 80 calon pada 2016.

“Calon yang memperoleh minimum Gred Maqbul (tidak termasuk semua Gred Mumtaz) meningkat sebanyak 2.9 peratus kepada 68.7 peratus atau 4,666 calon pada 2017 berbanding 65.78 peratus atau 4,205 calon pada 2016.

“Bilangan calon yang memperoleh Gred Rasib (Gagal) semua mata pelajaran yang diduduki juga menurun sebanyak 0.5 peratus iaitu 1.5 peratus atau 99 calon pada tahun lalu berbanding 2.0 peratus atau 130 calon pada 2016,” katanya.

Seramai 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada 2017 berbanding 8,784 calon pada 2016, iaitu bertambah sebanyak 750 calon.- Bernama

The post 600 calon peroleh Mumtaz dalam STAM 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian