ismakualaterengganu

85 orang awam terbunuh angkara rejim Syria, Russia

NEW YORK, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 85 orang awam terbunuh angkara rejim Basyar al-Assad dan sekutunya, sejak 31 Di...

NEW YORK, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 85 orang awam terbunuh angkara rejim Basyar al-Assad dan sekutunya, sejak 31 Disember lalu dalam serangan ke atas wilayah Timur Ghouta.

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al-Hussein berkata, keadaan di kawasan berkenaan menyebabkan 390,000 orang awam dikepung, sekaligus membawa kepada peningkatan bencana kemanusiaan di Syria.

“Kawasan kediaman di sekitar bandar berkenaan dibedil siang dan malam oleh rejim Bashar serta sekutunya, sehingga memaksa orang awam bersembunyi di bawah tanah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zeid berkata, pihak yang terlibat konflik diwajib untuk membezakan antara orang awam dan sasaran ketenteraan bagi mengelakkan penduduk tempatan menjadi mangsa serangan.

“Kegagalan untuk memindahkan kes-kes perubatan dari wilayah itu juga menyalahi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Operasi ketenteraan rejim Syria ke atas wilayah berhampiran Damsyik yang disokong sekutunya Russia, meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Russia bagaimanapun menafikan dakwaan pesawatnya menyasarkan orang awam di wilayah berkenaan.- Agensi

The post 85 orang awam terbunuh angkara rejim Syria, Russia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3939018097944777810

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item