Langkau ke kandungan utama

93 pelancong terkandas di Pulau Tioman

PUTRAJAYA, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau Tioman sejak Khamis lepas berikutan cuaca buruk.

Agensi Pengurusan Bencana  Negara (NADMA) berkata, keadaan itu berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga serta ombak melebihi 4.5 meter di timur laut perairan Tioman.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu berkata, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk perkhidmatan feri.

“Syarikat-syarikat yang mengendalikan perkhidmatan operasi feri dari Pulau Tioman ke Mersing terpaksa  menghentikan operasi buat sementara waktu. Situasi ini telah menyebabkan ramai pelancong terkandas tidak dapat pulang ke tanah besar,” kata agensi itu.

Menurut NADMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim hari ini telah meminta bantuan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) untuk membantu membawa pelancong yang terkandas keluar dari Pulau Tioman.

Menurut agensi itu, KD Terengganu telah berlepas daripada Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan kira-kira pukul 4 petang hari ini dan dijangka tiba di Pulau Tioman pada 12 tengah malam ini.

“Jika  tiada halangan, semua pelancong yang terkandas ini akan dibawa pulang esok dan dijangka tiba pukul 3 petang di Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan,” kata NADMA. – Bernama

The post 93 pelancong terkandas di Pulau Tioman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian