Adik Aqif meninggal dunia setelah empat tahun bertarung penyakit kulit
KUALA LUMPUR, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Adik Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang tular sejak tahun lalu kerana menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak lahir, telah meninggal dunia, hari ini.
Ibunya, Umi Umeera Mazlan dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, anaknya itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang.
“Assalamualaikum. Saya ibu kepada adik Aqif, adik Aqif baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang. Jenazah akan dibawa ke Ampang,” tulisnya di laman sosial itu dan turut dikongsi lebih 200 pengguna.
Anak kelima daripada tujuh adik-beradik itu mempunyai kulit sensitif terutama di bahagian badan dan kaki serta tidak boleh terdedah terlalu lama dengan cuaca yang panas.
Sebelum ini, dua anak Umi iaitu kakak dan adik Muhammad Aqif telah pun meninggal dunia akibat menghidap penyakit yang sama.
Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga Umi dan mendoakan agar keluarganya tabah menerima dugaan dari Ilahi.
The post Adik Aqif meninggal dunia setelah empat tahun bertarung penyakit kulit appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan