Ahed Tamimi didakwa 12 pertuduhan, berdepan hukuman penjara

RAMALLAH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Aktivis Palestin, Ahed Tamimi didakwa 12 pertuduhan oleh Mahkamah Israel selepas ditangkap tentera Zionis pada 19 Disember lalu.

Tuduhan itu membabitkan insiden menampar tentera Israel, dan beberapa tuduhan lain termasuk melempar batu, hasutan dan membuat ancaman.

Ahed, berkemungkinan dikenakan hukuman penjara, jika sabit kesalahan.

Gadis remaja berusia 16 tahun sanggup berdepan dengan Israel, demi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel laknatullah.

Ibu Ahed, Nariman juga didakwa kerana Israel menuduh keluarganya menggunakan dia sebagai alat dalam provokasi berperingkat.

Ahed Tamimi dan ibunya diperintahkan untuk kekal dalam tahanan sehingga 8 Januari ini, ketika pendengaran lain akan dilakukan.

Pendakwa raya memohon mereka dipenjarakan sehingga selesai perbicaraan. -Agensi

The post Ahed Tamimi didakwa 12 pertuduhan, berdepan hukuman penjara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?