Akademi tentera Afghanistan pula diserang, lima askar maut

KABUL, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Sembilan orang, termasuk lima anggota tentera Afghanistan terbunuh selepas Akademi Tentera Marshal Fahem di sini diserang hebat, hari ini.

Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, akademi tentera itu terletak di selatan pinggir Kabul pernah diserang pada 21 Oktober tahun lalu yang mengakibatkan 15 kadet tentera yang menaiki bas dan menjadi sasaran pengebom bunuh diri, terbunuh.

Dalam serangan hari ini, sepasukan anggota tentera berdekatan akademi berkenaan menjadi sasaran, kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Dawlat Waziri.

Katanya, seorang lelaki meletupkan diri sendiri, sebelum empat penyerang mula melepaskan tembakan.

Kira-kira jam 10 pagi tadi, katanya, pihak tentera mengisytiharkan pertempuran itu berakhir dengan empat penyerang dibunuh, dan seorang lagi ditangkap.

“Lima anggota tentera disahkan terbunuh, manakala 10 lagi cedera,” katanya.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Serangan hari ini berlaku dua hari selepas militan Taliban melakukan serangan bunuh diri menggunakan sebuah ambulans menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan 200 lagi cedera, di pusat bandar Kabul.

Kira-kira seminggu sebelum itu, militan Taliban juga menyerang sebuah hotel di Kabul menyebabkan 20 penduduk tempatan dan warga asing terbunuh.

Minggu lalu, militan Daesh juga melakukan serangan ke atas pejabat pertubuhan bantuan British, Save the Children, di Nangarhar bersempadan dengan Pakistan, menyebabkan enam terbunuh. – Agensi

The post Akademi tentera Afghanistan pula diserang, lima askar maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian