Al Samaha perkampungan khas untuk wanita Mesir

KAHERAH, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar di selatan Mesir, Al Samaha menjadi satu-satunya kampung yang hanya dikhaskan kepada wanita, terutama ibu tunggal dan anak masing-masing.

Lelaki tidak dibenarkan memasuki perkampungan itu. Sekiranya ada wanita di kampung itu yang dikahwini, mereka akan diarah keluar dari Al Samaha.

Menempatkan kira-kira 303 ibu tunggal, perkampungan itu terletak di tengah padang pasir di Edfu, dua jam perjalanan dari Aswan.

Dengan ratusan rumah, kebanyakan penghuninya dipinggirkan masyarakat setelah mereka kematian suami atau diceraikan.

Pada 1998 Kementerian Pertanian Mesir membangunkan projek perkampungan kepada ibu tunggal itu dengan menyediakan tanah bagi membolehkan mereka menternak ayam dan kambing, untuk menambah pendapatan.

Penyelaras projek berkenaan, Hamdi Al-Kashef berkata, hanya wanita dan kanak-kanak yang tinggal di perkampungan itu, dan setiap keluarga disediakan rumah dan enam ekar tanah pertanian, selain bantuan oleh komuniti antarabangsa.

Semua keluarga berkenaan juga disediakan perabot dan keperluan pertanian, selain diberikan beberapa pinjaman jangka pendek. Pembinaan rumah satu tingkat dibiayai menerusi subsidi kerajaan, dan penduduknya dibenar membuat bayaran ansuran.

Hamdi berkata, apabila wanita berkenaan berkahwin, semua tanah dan rumah itu akan diambil balik oleh kerajaan untuk diserahkan kepada ibu tunggal lain.

“Projek ini bertujuan menjaga masa depan mereka yang kehilangan ahli keluarga dan bagi menyokong wanita yang kini menjadi harapan tunggal anak-anak mereka,” katanya.

Pengerusi Persatuan Wanita Selatan di Aswan, Safinaz Ibrahim berkata, perkampungan itu mewakili kekuatan wanita Mesir yang mampu menanggung beban tugas berat.

“Mereka tinggal di padang pasir dalam persekitaran yang sangat sukar, tanpa keperluan asas. Tetapi mereka mampu melalui semua cabaran itu untuk membesarkan anak-anak mereka,” katanya. – Agensi

The post Al Samaha perkampungan khas untuk wanita Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian