Amaran hujan lebat di Johor, Pahang

BANGI, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Hujan sangat lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang dan Johor sehingga esok.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan, hari ini berkata, hujan lebat itu akan melanda daerah Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor pula di daerah Segamat dan Mersing.

Hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman), Pahang (Daerah Jerantut, Temerloh & Bentong), Johor (Daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat & Kota Tinggi), Negeri Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah & Rembau) dan Melaka sehingga Selasa, 2 Januari 2018.

Selain itu, hujan berserta angin kencang juga dijangka berlaku di Kudat dan Sandakan, Sabah dan Kota Belud dan Ranau (bahagian Pantai Barat dalam tempoh esok sehingga Rabu.

The post Amaran hujan lebat di Johor, Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian