ismakualaterengganu

Amaran hujan lebat di lapan negeri termasuk KL, Putrajaya

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin ...

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu hari petang ini, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 8 malam.

Hujan lebat dijangka menjejaskan beberapa daerah di beberapa negeri di utara membabitkan Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Tidak terkecuali, beberapa daerah di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang.

Sementara di Selangor, cuaca buruk turut melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat.

Ia turut melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan iaitu Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson.

The post Amaran hujan lebat di lapan negeri termasuk KL, Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3683856515754159615

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item