Amaran hujan lebat di Pantai Timur sepanjang hari ini
BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Keadaan cuaca buruk dijangka berterusan sepanjang hari ini membabitkan dua negeri di Pantai Timur.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikekuarkan pagi ini memaklumkan, keadaan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang melanda beberapa daerah di Terengganu dan Pahang.
Keadaan itu dijangka menjejaskan daerah Kemaman, Terengganu dan Pekan, Kuantan, Rompin, Maran serta Bera di Pahang.
Menerusi kenyataan berasingan, satu amaran cuaca waspada turut dikeluarkan MetMalaysia membabitkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.
The post Amaran hujan lebat di Pantai Timur sepanjang hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan