Amaran hujan lebat di tiga negeri mulai Rabu

BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa daerah di Johor, Pahang dan Sarawak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, amaran cuaca buruk itu diramalkan berlaku mulai Rabu sehingga Jumaat ini.

Ia membabitkan beberapa kawasan di Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai.

Turut terjejas keadaan sama, daerah Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan, Pahang.

Sementara di Sarawak, hujan lebat dijangka melanda bahagian Kuching, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Serian.

The post Amaran hujan lebat di tiga negeri mulai Rabu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian