Amaran ribut petir, angin kencang di empat negeri

BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir menjejaskan perairan Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat, yang dijangka sehingga pagi ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergeloran dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara untuk perkapalan, satu amaran ribut petir turut dikeluarkan MetMalaysia di perairan Selat Melaka Selatan yang dijangka berterusan sehingga pagi hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan itu.

The post Amaran ribut petir, angin kencang di empat negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian