Ambil tindakan sendiri belasah pemandu, tiga lelaki ditahan

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Akibat mengambil tindakan sendiri, tiga lelaki ditahan selepas disyaki memukul seorang pemandu kereta di Jalan Batu 13 Puchong menghala Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu Perodua Myvi cedera dipukul orang awam kerana enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, selepas meneliti rakaman mangsa dipukul yang tular selepas kejadian itu, tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dekat sini, semalam.

“Polis juga sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan. Buat masa ini penunggang motosikal tersebut belum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohammad Azlin berkata, semua suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, pemandu kereta terbabit cedera di bahagian kepala akibat dipukul sekumpulan lelaki gara-gara beliau enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.

Lelaki berkenaan turut kehilangan barangan dan dokumen peribadi miliknya selepas dibelasah kumpulan itu, manakala penunggang motosikal itu cedera di bahagian rusuk dan kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang. – Bernama

The post Ambil tindakan sendiri belasah pemandu, tiga lelaki ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian