Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya

RIYADH, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Kerajaan Arab Saudi akan merekrut pendakwa raya wanita dan meletakkan mereka di kedudukan yang sama seperti pendakwa raya lelaki, kata Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al-Mojeb.

Al-Mojeb berkata, ia bertujuan melindungi privasi wanita dalam isu-isu yang memerlukan khidmat pendakwa raya wanita.

Katanya, pengambilan pendakwa raya wanita itu juga selaras dengan keperluan Wawasan 2030 untuk menyokong peranan wanita.

Ditanya sama ada terdapat wanita yang telah dituduh rasuah dan jika pekerjaan baru itu dicipta untuk menyiasat kes mereka, Al-Mojeb berkata, setakat ini tiada wanita yang dituduh.

Sekiranya kes itu berlaku, sistem di negara ini akan dikenakan tanpa sebarang diskriminasi, katanya. – Agensi

The post Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian