ismakualaterengganu

Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 126 peratus

DUBAI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi terpaksa mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus, meskipun ianya...

DUBAI, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Arab Saudi terpaksa mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus, meskipun ianya antara negara pengeluar minyak terbesar dunia.

Susulan pengumuman itu, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini.

Manakala, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Difahamkan, Arab Saudi berbuat demikian adalah untuk merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada minyak.

Terdahulu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman mengumumkan perancangan negara itu untuk memperluaskan ekonomi melalui visi 2030.

Visi itu akan menjadikan Arab Saudi sebagai negara yang tidak lagi bergantung kepada minyak sebagai sumber utama pendapatan negara. – Agensi

The post Arab Saudi naikkan harga petrol sehingga 126 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8092442677272605886

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item