Arab Saudi pintas peluru berpandu militan Syiah Houthi

RIYADH, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Arab Saudi sekali lagi memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan militan Syiah Houthi di Yaman ke arah Najran – wilayah selatan Arab Saudi yang bersempadan dengan Yaman – semalam.

Kejayaan itu dicapai tidak lama selepas stesen televisyen sekutu Syiah Houthi, Al-Masirah, menyiarkan kenyataan mengatakan peluru berpandu telah ditembak ke arah Arab Saudi.

“Tindakan permusuhan oleh militan Houthi menunjukkan rejim Iran masih terbabit dalam memberi sokongan senjata kepada Houthi,” kata jurucakap tentera pakatan Arab Saudi, Kolonel Turki Al-Maliki.

Serangan semalam, katanya, sengaja menyasarkan kawasan awam yang padat penduduk.

Agensi berita Arab Saudi, SPA melaporkan serpihan peluru berpandu itu di kawasan awam dan merosakkan harta seorang penduduk, tetapi tiada kemalangan jiwa.

Bulan lalu, militan Syiah Houthi menembak peluru berpandu ke arah Riyadh yang menyasarkan Istana Al-Yamamah, tetapi berjaya dipintas sistem pertahanan Arab Saudi.

Sebuah panel yang dilantik oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan semua peluru berpandu yang ditembak ke arah Arab Saudi dikeluarkan oleh Iran. – Agensi

The post Arab Saudi pintas peluru berpandu militan Syiah Houthi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian