AS hilang kelayakan sebagai orang tengah usaha damai Palestin-Israel

RAMALLAH, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Palestin menolak peranan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Donald Trump sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara negara itu dan Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, keputusan itu jelas selepas pengumuman Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada awal Disember lalu.

Abbas berkata, persepakatan yang disifatkan Trump sebagai ‘perjanjian abad ini’ telah berubah menjadi ‘tamparan abad ini’ kepada Palestin.

Malah beliau juga menganggap tindakan Washington itu menyebabkan AS hilang kelayakan sebagai orang tengah dalam proses perdamaian tersebut.

“Perjanjian abad ini adalah tamparan abad ini dan kita tidak akan menerima AS sebagai orang tengah antara Palestin dan Israel,” katanya dalam mesyuarat bersama pegawai kanan Palestin mengenai langkah Trump terhadap Baitulmaqdis, semalam.- Agensi

The post AS hilang kelayakan sebagai orang tengah usaha damai Palestin-Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian