AS potong lebih separuh dana kepada UNRWA

WASHINGTON, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kerajaan Amerika Syarikat telah memotong lebih separuh daripada pembiayaan yang dirancang kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Jabatan Negara AS semalam mengumumkan ia membekukan AS$65 juta daripada pakej bantuan bernilai AS$125 juta yang diperuntukkan bagi agensi itu.

Dalam satu surat, jabatan itu berkata, sumbangan tambahan AS akan bergantung kepada perubahan besar daripada UNRWA sendiri.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert, berkata, dana itu dibekukan untuk pertimbangan masa depan.

Selama hampir 70 tahun, UNRWA menjadi penyelamat kepada lebih daripada lima juta pelarian Palestin yang berdaftar di wilayah yang diduduki rejim pengganas Israel di Palestin dan di Lubnan, Jordan dan Syria.

Ia menawarkan sokongan dalam bekalan makanan, akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk memotong bantuan kepada rakyat Palestin.

Berikutan ancaman AS itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula meminta UNRWA dimansuhkan selepas menuduh agensi itu membantu ‘pelarian palsu’.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan Washington.

“Pertama sekali, UNRWA bukanlah sebuah institusi Palestin, UNRWA adalah sebuah institusi PBB,” kata Guterres, menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai langkah itu.

“Pada pandangan saya, dan pendapat yang dikongsi oleh kebanyakan pemerhati antarabangsa, termasuk beberapa orang Israel, [UNRWA] merupakan faktor kestabilan yang penting,” katanya. – Agensi

The post AS potong lebih separuh dana kepada UNRWA appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian