Bangkit dari lena, tiba masanya menjadi singa!

 

 

Kini, terlalu banyak ancaman dari pihak musuh Islam yang melemahkan semangat umat sejagat, sehingga mereka merasa kurang rasa izzah terhadap agama Allah ini. Umat Islam kini lebih selesa dengan pemikiran Islam yang ‘biasa’ dan ‘sederhana’, sehinggakan musuh Islam dengan mudah menyebarkan kekuasaan dengan idealogi mereka. Namun sebagai seorang Muslim, kita mestilah cakna dan sedar dengan setiap perkara yang berlaku disekeliling kita, kerana setiap perubahan dan tindakan itu perlu dimulakan dengan kefahaman. Al-Quran dan Sunnah bukan sahaja patut dituruti, malah perlu dijadikan lensa supaya kita dapat melihat dan bertindak menggunakan neraca yang sebenar.

Bagi menangani isu ini, ISMA New Zealand dan ISMA Australia telah menganjurkan program Gath Intern 2017 pada setiap minggu di bulan Disember yang bertempat di Pejabat ISMA Kuala Lumpur. Program ini dijalankan dalam kalangan mahasiswa dua negara ini yang pulang bercuti di Malaysia semasa cuti panjang. Setiap program dijalankan dengan pembentangan topik-topik yang berkait rapat dengan realiti umat masa kini oleh penceramah yang merupakan pakar dalam topik tersebut.

Antara topik yang diketengahkan adalah isu Sekularisme, Liberalisme dan Feminisme yang diolah dengan jelas dan baik oleh para penceramah. Setiap peserta yang hadir pulang dengan semangat yang lebih tinggi untuk menjadi Muslim yang terbaik dan cita-cita yang besar untuk mengubah masa depan Islam. Seperti mana musuh Islam bersungguh-sungguh menggunakan masa muda mereka untuk menuntut ilmu, pemuda pemudi Islam juga mestilah lebih bersemangat dan menggunakan kelebihan dan peluang yang ada demi menaikkan nama Islam di masa hadapan. Semoga usaha pihak penganjur dibalas dengan kesuburan amal peserta supaya Islam semakin tertegak dengan lantang dan berani seperti singa.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?