Bangladesh jangka dua tahun proses hantar pulang Rohingya
DHAKA, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Bangladesh bersetuju menyelesaikan kepulangan ratusan ribu etnik Islam Rohingya, yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar dalam tempoh dua tahun.
Persetujuan itu menerusi pertemuan antara Bangladesh dan Myanmar semalam, bagi melaksanakan perjanjian yang telah ditandatangani pada 2017.
Kementerian Luar Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, proses pemulangan itu akan bermula Selasa depan.
Justeru, pihaknya akan membina lima kem transit bagi menghantar pelarian Rohingya ke dua pusat penerimaan di sempadan bersebelahan Myanmar.
Bangladesh memutuskan untuk menghantar 900,000 pelarian Rohingya yang kini tinggal di rantau sempadan tenggara negara itu.
Mengulas mengenai perjanjian Bangladesh-Myanmar itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, adalah amat penting untuk UNHCR terbabit sepenuhnya dalam operasi berkenaan bagi menjamin ia mematuhi piawaian antarabangsa.
“Usaha perdamaian besar diperlukan untuk membolehkan ia berjalan lancar. Perkara terburuk adalah memindahkan mereka dari kem di Bangladesh ke kem di Myanmar.
“Lebih malang jika kita membiarkan mereka dalam keadaan itu untuk jangka panjang dan tidak membenarkan mereka menjalani kehidupan normal semula,” katanya.
The post Bangladesh jangka dua tahun proses hantar pulang Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan